Assalamualaikum,
Terbuka hatiku utk mendaftar sebagai anggota blogger ni, he he he..... Itu pun selepas membelek belek blog pelakon yg sedang hangat sekarang dek kerana blognya tu, sapa lagi kalau bukan Zed Zaidi, terima kasih kepadanya kerana telah membuka hati ku untuk membuka blog aku sendiri.
Aku ni bukanyan peminat dia pun, tapi kalau aku jadi penerbit filem, dia salah seorang pelakon yg aku akan jemput untuk menjayakan filem aku tu, he he.. tak minat ke namanya ni... Hari ni aku cuma ada idea untuk menulis tentang hari pertama aku menaip disini, sambil layan lagu kegemaran aku, Cinta Abadi dari kumpulan Mawar Hitam, khas buat isteri tersayang dan dua permata hatiku yang asyik mengacau aku menaip ni.
Buat masa ni aku tak pandai menaip guna shot word lagi, kelakar jugak bila tengok tulisan aku ni semua panjang panjang, ha ha ha...... kekadang bila baca msg kengkawan siap tanya balik, ko tulis apa tu, aku ni dah macam org tua lak, kalau tulis msg sampai dua tiga page la pulak.. Hari pun dah jauh malam, esok nak koje, ok la adios..... sebelum tido layan dulu youtoube....... he he he selamat malam (aku percaya takde org baca pun, cuma aku je yg akan baca esok utk foloup, ha ha ha............3 juta x
Sunday, June 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment